SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Empowering Education Summit 2025

Empowering Education Summit 2025

Maklumat Program

Tarikh Program 21-04-2025
WhatsApp Image 2025 04 21 At 165329 1

21 April 2025, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah  menyampaikan ucapan dengan tema "Memupuk Perpaduan Melalui Pendidikan" di Program Empowering Education Summit 2025 anjuran KSI Strategic Institute for Asia Pacific.

Pendidikan bukan sekadar ruang menyampaikan ilmu pengetahuan, malah ia adalah wahana membentuk sikap, nilai dan jati diri bangsa Malaysia yang bersatu dalam kepelbagaian.

Kementerian Perpaduan Negara terus komited untuk memperkenalkan inisiatif yang menyemai nilai perpaduan sejak di peringkat awal usia. Antara langkah signifikan yang sedang dilaksanakan adalah memperkenalkan Modul Rukun Negara kepada semua Tabika di seluruh negara. Buat masa ini, pelaksanaan modul ini sedang dijalankan di 1,741 buah Tabika Perpaduan di bawah seliaan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Selain itu, usaha memperkukuh semangat patriotisme dan kesedaran sivik turut digerakkan melalui penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah serta Sekretariat Rukun Negara di institusi pengajian tinggi. Kelab dan sekretariat ini menjadi platform generasi muda untuk menyuarakan pandangan, melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan serta mempraktikkan nilai-nilai perpaduan dan keharmonian dalam kehidupan seharian.

Menurut beliau, jika akar perpaduan ini disemai sejak di bangku tadika hingga ke menara gading, maka ia akan melahirkan warganegara yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga bertanggungjawab, menghormati perbezaan, dan cintakan negara.

Bersama, kita pupuk perpaduan melalui pendidikan.

Bersama, kita bina Malaysia MADANI.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet