| Tarikh Program | 11-06-2026 |
11 Jun 2026, Sabah - Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan berlangsung dengan penuh meriah hasil sokongan padu dan sambutan luar biasa daripada seluruh warga Sabah.
Kehadiran pelbagai lapisan masyarakat, penyertaan komuniti pelbagai kaum serta semangat kebersamaan yang ditunjukkan membuktikan bahawa perpaduan terus subur di bumi Sabah yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan warisan.
Terima kasih warga Sabah atas sokongan yang tidak berbelah bahagi. Bersama kita raikan kepelbagaian, kukuhkan perpaduan dan semarakkan semangat Malaysia MADANI.