| Tarikh Program | 14-06-2026 |
14 Jun 2026, Sabah - Teruja melihat kreativiti dan semangat keusahawanan yang dipamerkan oleh para usahawan KRT dari seluruh negara sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan!
Pelbagai produk unik, kreatif dan berkualiti tinggi yang dihasilkan membuktikan bahawa perpaduan bukan sahaja menyatukan masyarakat, malah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan komuniti.
YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara turut hadir menyantuni para usahawan komuniti serta menzahirkan komitmen Kerajaan dalam memperkasa Ekonomi Rukun Tetangga melalui inisiatif KRT Progresif. Kerana perpaduan yang kukuh bukan sahaja menyatukan hati, malah membuka ruang kepada kemakmuran yang dikongsi bersama.