| Tarikh Program | 14-06-2025 |
14 Jun 2025, Kuala Lumpur – YBrs. Encik Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara mewakili YB Menteri Perpaduan Negara telah hadir menyempurnakan Majlis Karnival dan Penyampaian Hadiah Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa 2025.
Dalam kerangka Malaysia MADANI, perpaduan tidak lahir daripada keseragaman, tetapi daripada keupayaan kita untuk memahami perbezaan, menghormati keunikan, dan menerima keragaman sebagai sumber kekuatan. Bahasa ialah medan pertama di mana proses ini berlaku.