| Tarikh Program | 16-09-2025 |
16 September 2025, Pulau Pinang – YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara hadir ke Sambutan Hari Malaysia 2025 bertemakan "Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni" yang dianjurkan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertempat di PICCA@Butterworth Arena.
Acara diteruskan dengan upacara menandatangani Buku Khas Sambutan Hari Malaysia 2025 dan penyampaian hadiah utama “Gerakan #BersamaMalaysiaku” berupa kereta Proton e.MAS, Proton X70 dan motosikal Modenas kepada tiga pemenang bertuah.
Hadir sama, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Bersama Sambutan Hari Malaysia 2025, YAB Tuan Chow Kon Yeo Menteri-menteri Kabinet; kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak.