SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow 2026 Arrow Galeri Foto Arrow foto april 2026 Arrow Majlis Mesyuarat Menteri Perpaduan Negara bersama Exco Exco Perpaduan Negeri dan Exco-Exco Hal Ehwal Agama Selain Islam (MExUnity)

2 April 2026, Selangor - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah mempengerusikan Majlis Mesyuarat Menteri Perpaduan Negara bersama Exco Exco Perpaduan Negeri dan Exco-Exco Hal Ehwal Agama Selain Islam (MExUnity) yang pertama bagi tahun 2026. Platform ini berperanan sebagai medium untuk menyelaraskan inisiatif perpaduan di peringkat negeri dan kebangsaan.

Mesyuarat telah dimaklumkan berhubung Draf Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadat Bukan Islam (GPP RIBI) yang dibangunkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).YB Datuk turut menyatakan pemakaian garis panduan ini yang dijangka dapat memperkukuh mekanisme perancangan, pembangunan pelaksanaan RIBI dengan lebih telus, sistematik dan berstruktur.

Kementerian Perpaduan Negara juga sedang memperhalusi penubuhan 12 buah Pusat Mediasi Komuniti yang baharu melibatkan 10 negeri, dan 2 wilayah persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan). Mesyuarat turut bersetuju penubuhan Pusat Rujukan Isu Sensitif Masyarakat (PRISMA). PRISMA sebagai platform integrasi nasional melambangkan anjakan paradigma Kerajaan MADANI dalam mentransformasikan pengurusan isu perpaduan secara lebih menyeluruh, proaktif dan berpusatkan data.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet