Lawatan Ke Setiap Bahagian Di Kementerian Dan Beramah Mesra Bersama Warga KPN
5 September 2024, Putrajaya - Selepas sesi taklimat korporat, YBhg Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara meluangkan masa untuk melawat ke setiap bahagian di kementerian dan beramah mesra bersama warga KPN.