| Event Date | 17-06-2026 |
17 Jun 2026, Putrajaya - Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1448H/2026M di Masjid Putra, Putrajaya.
Bertemakan "MADANI Dihayati, Ummah Diberkati", Rektor UIAM merangkap Ahli Falsafah Muslim Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan manakala Pakar Fiqah Islam dari Maghribi Dr Ahmad Al-Raysuni diumum sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa bagi tahun 1448H.
Turut hadir bersama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan, YBhg.Datuk Mohd Azhan bin Md Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Perpaduan Negara dan beberapa delegasi Kementerian Perpaduan Negara.