SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Home Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Program Mengenang Negarawan Tun Fuad Stephens bertajuk “Legasi Huguan Siou Membina Negara Bangsa”

Program Mengenang Negarawan Tun Fuad Stephens bertajuk “Legasi Huguan Siou Membina Negara Bangsa”

Event Information

Event Date 15-06-2026
WhatsApp Image 2026 06 15 At 140751

15 Jun 2026, Sabah - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Arkib Negara Malaysia telah menganjurkan Program Mengenang Negarawan Tun Fuad Stephens bertajuk “Legasi Huguan Siou Membina Negara Bangsa”. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan.

Program ini merupakan inisiatif penting dalam memelihara memori sejarah negara serta menghargai jasa tokoh-tokoh yang telah mencorakkan perjalanan negara bangsa. Selain itu, program ini turut mengimbau sejarah, dan usaha kolektif dalam mengangkat dan menghargai jasa YABhg. Tun Mohd Fuad Stephens yang diiktiraf sebagai arkitek perpaduan, pemimpin rakyat dan negarawan yang telah meletakkan asas penting kepada pembentukan Malaysia yang bersatu dalam kepelbagaian.

YB Menteri Perpaduan Negara dalam ucapan perasmiannya berkata, Tun Fuad Stephens sebagai seorang Huguan Siou atau Pemimpin Agung bukan sahaja dihormati oleh masyarakat Kadazandusun, malah menjadi  jambatan perpaduan yang menyatukan pelbagai kaum di Sabah serta menghubungkan Sabah dengan Semenanjung dan Sarawak.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In