| Event Date | 11-06-2026 |
11 Jun 2026, Sabah - Sorakan bergema, bakat terserlah! Pertandingan Sabah Idol sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan menjadi platform menghimpunkan bakat dari pelbagai latar belakang dalam semangat kebersamaan dan perpaduan.
Tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan persembahan terbaik dan membuktikan bahawa seni mampu menjadi jambatan yang menghubungkan rakyat pelbagai kaum, budaya dan generasi.
YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.