SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Home Arrow Media Arrow Media Collection Arrow Photo Arrow 2026 Arrow Koleksi Media Arrow Galeri Foto Arrow foto april 2026
WhatsApp Image 2026 04 06 At 154814 1

6 April 2026, Putrajaya - Kementerian Perpaduan Negara akan terus memperkasa dan memperluas perkhidmatan mediasi komuniti di seluruh negara sebagai mekanisme utama dalam pengurusan isu perpaduan serta konflik di peringkat akar umbi.

YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara turut mengumumkan beberapa pendekatan inklusif sempena Majlis Perasmian Perhimpunan Bulanan Kali Kedua Tahun 2026 seperti perkhidmatan mediasi komuniti yang diperkenalkan bagi mengurus konflik di peringkat kejiranan secara lebih harmoni dan berkesan, sekali gus mengelakkan pertikaian daripada menjadi lebih besar tanpa perlu melalui proses litigasi perundangan. Perkhidmatan ini juga ditawarkan secara pro bono. Setakat ini, jumlah mediator bertauliah telah meningkat kepada 595 orang berbanding 571 sebelum ini.

JPNIN melalui Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) akan memperkukuh tadbir urus mediasi dengan mengusahakan pewujudan badan atau mekanisme akreditasi bagi pensijilan asas mediasi.12 Pusat Mediasi Komuniti akan berperanan sebagai platform setempat untuk masyarakat mendapatkan khidmat mediasi secara mudah, cepat dan berkesan dalam menyelesaikan  konflik.

WhatsApp Image 2026 04 02 At 133646 3

2 April 2026, Selangor - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah mempengerusikan Majlis Mesyuarat Menteri Perpaduan Negara bersama Exco Exco Perpaduan Negeri dan Exco-Exco Hal Ehwal Agama Selain Islam (MExUnity) yang pertama bagi tahun 2026. Platform ini berperanan sebagai medium untuk menyelaraskan inisiatif perpaduan di peringkat negeri dan kebangsaan.

Mesyuarat telah dimaklumkan berhubung Draf Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadat Bukan Islam (GPP RIBI) yang dibangunkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).YB Datuk turut menyatakan pemakaian garis panduan ini yang dijangka dapat memperkukuh mekanisme perancangan, pembangunan pelaksanaan RIBI dengan lebih telus, sistematik dan berstruktur.

Kementerian Perpaduan Negara juga sedang memperhalusi penubuhan 12 buah Pusat Mediasi Komuniti yang baharu melibatkan 10 negeri, dan 2 wilayah persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan). Mesyuarat turut bersetuju penubuhan Pusat Rujukan Isu Sensitif Masyarakat (PRISMA). PRISMA sebagai platform integrasi nasional melambangkan anjakan paradigma Kerajaan MADANI dalam mentransformasikan pengurusan isu perpaduan secara lebih menyeluruh, proaktif dan berpusatkan data.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In