18 Jun 2026, Putrajaya - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 dan Sanjungan Budi 2026 Kementerian Perpaduan Negara telah berlangsung dengan penuh bermakna bagi meraikan warga kementerian dan agensi yang telah menunjukkan prestasi cemerlang serta komitmen tinggi dalam melaksanakan amanah kepada rakyat dan negara.
Setinggi-tinggi tahniah kepada 570 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus membudayakan kecemerlangan, memperkukuh profesionalisme dan menyampaikan perkhidmatan terbaik demi memperkasakan agenda perpaduan negara.
Terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga juga kepada 127 pesara dan bakal pesara atas segala jasa, pengorbanan dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan. Legasi yang ditinggalkan akan terus menjadi inspirasi kepada generasi penerus dalam memacu perkhidmatan awam yang berintegriti dan berjiwa rakyat.
Jasa dikenang, kecemerlangan diraikan, semangat perpaduan diteruskan.
