SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Home Arrow Media Arrow Media Collection Arrow Photo Arrow 2026 Arrow Koleksi Media Arrow Galeri Foto Arrow foto jun 2026 Arrow Mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) Bilangan 1 Tahun 2026

9 Jun 2026, Kuala Lumpur - Mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) Bilangan 1 Tahun 2026 telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri. Mesyuarat turut dihadiri oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara serta 12 orang ahli majlis yang terdiri daripada tokoh-tokoh masyarakat pelbagai latar belakang.

Mesyuarat menjunjung kasih dan menyambut baik titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menegaskan bahawa Rukun Negara wajib dihayati oleh setiap rakyat Malaysia sebagai  asas kepada kemakmuran negara, kestabilan politik serta keharmonian masyarakat majmuk.

Selaras dengan aspirasi pembinaan negara bangsa, ahli-ahli MPPN menegaskan bahawa usaha memperkukuh perpaduan nasional perlu terus diperkasa berteraskan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Dasar Perpaduan Negara, khususnya dalam mendepani cabaran polarisasi sosial, penyebaran maklumat tidak sahih dan disrupsi digital yang semakin kompleks.

Bagi menyemai penghayatan Rukun Negara dan memperkukuh jati diri generasi muda sebagai pewaris negara bangsa, Kementerian Perpaduan Negara telah melaksanakan pelbagai program strategik termasuk Gerak Integrasi Perpaduan, Jelajah Belia Rukun Negara, Pidato Rukun Negara dan Arkib@Sekolah.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In